PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001 : 2015
BAGI PENGENDALIAN SISTEM PENGURUSAN AIR MADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dianugerahkan dengan pengiktirafan Persijilan MS ISO siri 9000 oleh SIRIM sejak tahun 2000 melalui Bahagian Perkhidmatan Pengairan dan Saliran (BPPS) . Tahun permulaan pengiktirafan bermula dengan Sijil MS ISO 9002:2004 dengan empat (4) buah Lokaliti perintis diiktiraf. Kemudian pengiktirafan ini berkembang melalui penghijrah kepada Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000 pada tahun 2005 dan 2008 dengan dua belas (12) dan dua puluh (20) buah Lokaliti mendapat persijilan pada tahun-tahun tersebut. Pada tahun 2009 kesemua dua puluh tujuh (27) buah Lokaliti mendapat pengiktirafan melalui penghijrah Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008.

Untuk penambahbaikan, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO telah menetapkan Sistem Pengurusan siri baru iaitu MS ISO 9001:2015 diguna pakai mulai tahun 2015. Bagi Perkhidmatan Pengairan dan Saliran, MADA telah dipersijilkan dengan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2015 pada Februari 2017 bagi kesemua Ibu Pejabat, 4 Wilayah dan 27 Lokaliti.