Assalamualaikum W.B.T,
Salam Malaysia Prihatin &
Salam Kedah Sejahtera ‘Nikmat Untuk Semua’.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Dengan rasa rendah hati, saya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan rasa sukacitanya mengucapkan selamat datang dan terima kasih diatas kesudian anda untuk melayari Laman Web rasmi MADA.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Kepercayaan dan amanah yang diberikan ini akan saya cuba laksanakan dengan sebaik mungkin demi menjaga kebajikan peladang-peladang di Kawasan Muda serta untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka dan negara.

Sesungguhnya MADA merupakan pemangkin kepada kesejahteraan hidup petani-petani di Kawasan Muda khususnya. Matlamat untuk mensejahterakan hidup sebilang besar penduduk desa serta meningkat dan melebihkan hasil beras untuk keperluan negara telah menjadi keutamaan bagi setiap warga kerja MADA dimana ianya diasaskan kepada aspek-aspek kemanusiaan dan komoditi.

Disamping mendorong, menggerak dan menyatukan petani-petani ke dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif, merekalah yang akan mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial dimana akan sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baru.

Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa segala gerak kerja telah disusun dengan teliti pada tahun 2021 dan pada tahun-tahun akan datang bagi mendepani cabaran semasa dan saya berharap warga kerja MADA akan sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman
Pengerusi,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)