Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MADA Tahun 2021 telah diadakan bagi meraikan seramai 106 kakitangan MADA yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2020. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA bertempat di Grand Alora Hotel, Alor Setar.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan kepada MADA. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Menurut ucapan beliau, “pekerjaan adalah satu proses, wadah dan kaedah untuk diberikan kebaikan kepada orang lain, bukan hanya sekadar untuk mendapat laba, tetapi ianya merupakan gudang untuk memperolehi pahala. Bukan semata-mata hanya untuk makan gaji, tetapi menghadam sebanyak-banyaknya kebaikan dan redha Allah.

Ujar beliau lagi, Rasulullah SAW pernah mengungkapkan saranan menerusi satu hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, iaitu “Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti”. (Hadtih Riwayat ImamAl-Baihaqi).