Lembaga Kemajuan Pertanian Muda pada hari ini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersempena meraikan Persaraan Yang Berbahagia Dato’ Fouzi Ali, Pengurus Besar MADA yang akan bersara pada 25 April 2021 bertempat di Konkos Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar.

Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA serta Yang Berhormat Tuan Azman Nasruddin, Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Kedah.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi dan Pengurus Besar MADA turut meraikan serta menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada 30 orang kakitangan-kakitangan yang berkhidmat di bawah Gred H14.