Simbolik Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan November 2020 oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA menyampaikan cek bantuan kepada 3 orang peladang terlibat di kediaman mereka bertempat di Telok Kandih, Pendang. Hadir bersama beliau, Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan telah meluluskan peruntukan melalui Bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM2,001,259.40 juta kepada 1917 orang peladang yang melibatkan 2,284.59 hektar di Kawasan Muda yang terjejas akibat kejadian banjir di Kawasan Muda pada bulan November 2020 yang lalu.

Pihak MADA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan di atas kelulusan ini yang merupakan bukti keprihatinan kerajaan kepada pesawah yang terlibat.