Penyampaian Sumbangan CSR MAFI PRIHATIN yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA kepada petugas-petugas ‘frontliners’ yang bertungkus lumus mengekang penularan wabak COVID-19.

Turut hadir bersama, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Exco Kesihatan Negeri Kedah, YB Dato’ Suraya Yaacob, Exco Kerja Raya, Bekalan Air & Sumber Air dan Tenaga, dan Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Sejumlah 2,400 botol (100 karton) air minuman MADA, 2 biji Kerusi Roda, dan 85 bag berupa barangan produk-produk usahawan MADA kepada petugas2 barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Cenderawasih, Pendang, Kedah.