Program CSR ACM – MADA hari ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, Pengerusi MADA bertempat Kompleks Latihan MADA, Alor Serdang. MADA menzahirkan penghargaan kepada ACM di dalam melaksanakan tanggungjawab korporatnya dengan menyumbang sebuah jentera untuk kegunaan pelatih MADA Rice Training Center (MRTC).

Usaha murni ini dapat membantu memberi pendedahan kepada pelatih MRTC di dalam mendalami ilmu serta aplikasi penggunaan mekanisasi di dalam pengurusan perladangan sawah padi.