MADA hari ini telah menerima kunjungan lawatan kerja oleh Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II ke Sri Lovely Organic Park, Sik Kedah.

Turut hadir Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli,Pengurus Besar MADA bagi mengiringi YB. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II untuk melihat tanaman padi organik yang mempunyai kaedahnya tersendiri kerana ia membabitkan beberapa prinsip unik seperti penyuburan tanah, pembenihan, penanaman, pembajaan dan pengairan tanpa membunuh serangga dan organisma baik dalam tanah.