Majlis Menandatangani Memorandum Persafahaman antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bertempat di Menara PERKESO. Majlis tersediri dihadiri YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA dan Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Pengurus Besar MADA.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata majoriti individu bekerja sendiri yang mencarum SKSPS terdiri daripada sektor tidak formal terutama pengangkutan penumpang atau e-hailing. Bagaimanapun katanya, masih terdapat sektor yang mempunyai bilangan pencarum yang rendah seperti bidang pertanian dan angka itu diharap dapat dipertingkatkan menerusi kerjasama PERKESO dengan agensi seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Hadir sama, Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, Datuk Norsabrina Mohd Noor serta Datuk Ahmad Yahya. Mohammed Azman berkata, kerjasama strategik antara PERKESO dan MADA itu diadakan bagi memastikan jaringan perlindungan keselamatan sosial dapat diperluas kepada individu bekerja sendiri khususnya kalangan petani di negeri Kedah.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi berkata, sehingga kini seramai 262 petani di bawah MADA mendaftar untuk mencarum di bawah SKSPS dan jumlahnya dijangka meningkat kepada 1,000 orang bermula 1 Februari ini. Katanya, MADA juga akan memastikan lebih ramai petani di negeri itu mencarum dan menikmati perlindungan bersama PERKESO.