Majlis Penyampaian Sijil-sijil Tauliah Biasiswa Kecil Dan Anugerah Pelajar Cemerlang YPPPM yang telah disempurnakan oleh YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA bertempat di Konkos Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Bagi tahun 2022, MADA menyediakan dana program Pendidikan sebanyak RM172,580.00 kepada Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi MADA menyampaikan anugerah kepada 18 pelajar yang telah melakar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi tahun 2020 dan 12 orang penerima Biasiswa Kecil Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA.

Untuk makluman, Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA bertindak untuk membantu dalam kemajuan pelajaran ahli dan anak – anak ahli peladang MADA dengan menyenggara biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan lain kepada ahli dan anak – anak ahli supaya membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.