Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) Bulan Mei & September 2021 Bagi Kawasan Wilayah 1 MADA Perlis yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Negeri Perlis bertempat di Dewan Warisan, Perlis.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukkan melalui Bantuan Wang Ihsan Tabung Bencana Tanaman Padi berjumlah RM1.3 juta kepada 956 orang peladang-peladang yang terjejas akibat bencana banjir dan padi rebah yang berlaku di Negeri Perlis pada bulan Mei sehingga September 2021 melibatkan keluasan kerosakkan seluas 840.6 hektar.

 

Kawasan bendang yang terlibat dengan banjir dan padi rebah ini melibatkan di 5 buah lokaliti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibawah Wilayah I MADA, Perlis iaitu PPK MADA A-I Arau, PPK MADA B-I Kayang, PPK MADA C-I Kangar, PPK MADA D-I Tambun Tulang dan PPK MADA E-I Simpang Empat. Kejadian banjir ini disebabkan oleh turunan hujan lebat beserta ribut yang berlaku pada bulan Mei dan September 2021 di keseluruhan Kawasan Muda menyebabkan aliran air yang tinggi hingga berlakunya banjir sehingga tanaman padi rebah serta peningkatan paras air di kawasan sawah dan di sungai-sungai utama.

Kadar bantuan yang diberi berdasarkan kepada tempoh usia pokok padi yang rosak akibat ditenggelami air dan rebah. Bagi pokok padi yang berusia 1 hari sehingga 70 hari, kerajaan memperuntukan bayaran sebanyak RM876.00 perhektar manakala bagi pokok padi yang berusia 71 hari keatas, bantuan diberikan sebanyak RM1,800 perhektar.