Program Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022 yang dilancarkan oleh YB. Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA hari ini disaksikan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Pengurus Besar MADA yang diadakan bertempat di Tapak Program Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022, Alor Setar Mall. Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, MADA juga turut menganjurkan Program Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022 yang merupakan program tahunan diadakan untuk memberi nafas baharu kepada usahawan bimbingan MADA dalam menjana semula pendapatan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bazaar Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022 memberi peluang kepada 22 usahawan dibawah bimbingan MADA untuk memasarkan produk-produk seperti kuih raya, makanan bagi persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini, bazaar Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022 diadakan bermula 19 April hingga 2 Mei 2022 pada jam 10 pagi hingga 10 malam di 3 lokasi iaitu C-Mart Arau, Star Parade Alor Setar dan Alor Setar Mall.

MADA menyasarkan nilai jualan bagi Program Jualan Jom Raya MADA Tahun 2022 melebihi RM650,000 dengan peningkatan 20% berbanding tahun 2021.