LATAR BELAKANG
- Projek Kraftangan dikawasan Muda bermula pada tahun 2007 dibawah peruntukan Projek Merentasi Sempadan Berasaskan Padi dan Beras. Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri telah menyalurkan peruntukan sepanjang tahun 2007-2010 dengan tujuan pembangunkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Jualan Kraftangan dan melaksanakan aktiviti kraftangan di Kawasan Muda.
- Pusat ini telah beroperasi pada 27 September 2012.
- Terdapat 2 komponen utama di komplek ini yang telah dibangunkan iaitu :
- Bangunan utama sebagai pusat jualan produk-produk
Kraftangan dan Industri Asas Tani.
- 5 unit bengkel pengeluaran produk kraftangan dan produk IAT
-
- Berfungsi sebagai pusat jualan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan kraftangan di Kawasan Muda dan Negeri Kedah amnya.
-
- Memberi bimbingan berhubung pembuatan kraftangan.
-
- Memberi pendedahan kepada orang ramai berhubung usahawan dan bantuan kerajaan dalam industri kraftangan.
-
- Bertindak sebagai pusat ‘ business matching ‘ produk kraftangan.
Pusat Jualan Industri Asas Tani
-
- Berfungsi sebagai tempat jualan produk-produk Industri Asas Tani yang berkongsepkan Peladang Mart.
- Memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan peluang perniagaan dalam Industri Asas Tani.
- Bertindak sebagai pusat ‘ business matching ‘ produk IAT usahawan.
5 UNIT BENGKEL KRAF DAN PUSAT PEMPROSESAN PRODUK IAT | |
a) BENGKEL ANDAMAN DAN BUTIK PENGANTIN |
b) BENGKEL KRAFTANGAN JERAMI PADI
c) BENGKEL BEPANG KACANG
d) BENGKEL JAHITAN PAKAIAN DAN KRAFTANGAN MENGKUANG
e) BENGKEL BAKERI & PERENCAH MAKANAN
AKTIVITI YANG DITAWARKAN DI PUSAT JUALAN KRAFTANGAN & IAT MADA
a) DAPUR MADA CHEF
b) TEMPAHAN HEMPER
c) TEMPAHAN CENDERAHATI
d) PROGRAM DEMONTRASI PRODUK KRAF
e) SUKANEKA DAN MAJLIS BACAAN YASIN
f) PROGRAM KARNIVAL
PENUTUP
- Pusat Jualan Kraftangan Dan Produk Industri Asas Tani Mada diharapkan dapat menjadi tumpuan pelancong dalam ataupun luar negara. Pusat ini juga diharapkan dapat menjadi ‘ business center’ bagi produk –produk pertanian di Negeri Kedah.
- Pusat ini merupakan medium pemasaran bagi produk-produk yang berkualiti untuk diketengahkan.
Sila layari fb kami untuk maklumat lanjut : Pusat Kraftangan dan IAT MADA
No. Tel. Pejabat 04-7590475
No. Faks Pejabat 04-7303937