Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM)
Bangunan dan Logo YPPPM
SEJARAH PENUBUHAN
Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1982 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) 1972 – Perintah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA) 1982. YPPPM telah dirasmikan penubuhannya pada 7 Jun 1983 oleh YB. Menteri Pertanian Malaysia bertempat di Negeri Perlis Indera Kayangan dan mula beroperasi pada tahun 1983.
TUJUAN & OBJEKTIF
I. Menggalak, mendidik, memaju dan membantu dalam kemajuan pelajaran ahli dan anak ahli.
II. Menubuhkan dan menyenggara biasiswa, dermasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan lain kepada ahli atau anak ahli bagi maksud membolehkan mereka melanjutkan pelajaran.
III. Menjalankan segala kegiatan yang difikirkan patut dan sesuai untuk menambah peluang pelajaran kepada ahli dan anak ahli – ahli PPK MADA.
STRUKTUR ORGANISASI YPPPM