img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 22 Oktober 2024

img-header img-header img-header
img-header

MUDA RESORT

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  ORANG AWAM  /  PELANCONGAN AGRO  /  MUDA RESORT


Muda Resort merupakan hak milik penuh MADA yang terletak 75 km dari Bandaraya Alor Star. Ia dibina di dalam kawasan seluas 80 ekar yang dikelilingi oleh kehijauan hutan dan pokok buah-buahan. Jaraknya dari Empangan Muda ialah 2 km.

Sekiranya anda memilih untuk melawat Muda Resort, anda mempunyai pilihan untuk menginap di calet, asrama atau rumah rehat di kawasan tersebut.

Sebelum kewujudan Muda Resort, kawasan ini merupakan Pejabat Jurutera Ampangan Muda dan Pusat Latihan MADA. Bangunan-bangunan yang sedia ada merupakan peninggalan pihak yang menjalankan kerja-kerja pembinaan Ampangan Muda. Kebanyakan bangunan yang ada telah usang dan uzur. Memandangkan kerangka bangunan masih kukuh dan unik, timbul idea supaya bangunan berkenaan diubahsuai untuk dijadikan resort. Kerja-kerja pembinaan dibuat secara berperingkat-peringkat. Kawasan sekitarnya ditanam dengan pokok hiasan dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Setelah beroperasi dan mencapai kejayaan, pihak Kementerian Pelancongan Malaysia telah memberi peruntukan membina kompleks bangunan mengandungi Dewan Besar, Surau, Cafeteria, Bilik urusetia dan pejabat serta 2 buah dormitori. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan ialah Mini Market, Sudut Selera, Pusat Penerangan, Taman Burung dan Taman Rusa.

Dengan wujudnya Muda Resort telah memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping membantu secara tidak langsung pihak berkuasa kerajaan negeri mempromosikan kawasan pendalaman Negeri Kedah sebagai pusat tarikan pelancong. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan terutamanya pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu dan musim buah-buahan.

Keperluan berbeza untuk pengunjung berlainan. Muda Resort sedia menyambut ketibaan anda!
# JENIS BILIK JENIS KATIL / BIL. ORANG KADAR SEWAAN BIL. BILIK
1 VIP 2 KATIL SINGLE / BILIK RM100 2
2 CHALET 2 KATIL SINGLE / BILIK RM90 12
3 RUMAH REHAT 2 KATIL SINGLE / BILIK RM80 12
4 DORM JABATAN PELAJAR RM20 / KATIL RM10 / KATIL 3 BILIK 75 KATIL
5 KUATERS (3 BUAH) SEBUAH (2 BILIK) RM150 6 BILIK
Muda Resort turut menawarkan dewan berbeza bagi memenuhi tujuan-tujuan berlainan – anjurkan mesyuarat atau persidangan anda di sini!
# JENIS BILIK JENIS KATIL / BIL. ORANG KADAR SEWAAN BIL. BILIK
1 DEWAN MUDA MAKSIMUM 200 ORANG RM 500 / HARI 1
1 BILIK MESYUARAT MAKSIMUM 50 ORANG RM 200 / HARI 1

Boleh diuruskan dengan pembekal tempatan yang disediakan.
Suasana tenang dan pemandangan semula jadi yang indah menunggu kehadiran anda di Muda Resort.


Kolam renang, gelangang tenis, taman permainan, surau.
Keindahan alam semula jadi terbaik: Muda Resort adalah percutian alam semula jadi yang sempurna.


Latihan bercorak kembara dalam hutan atau ekspedisi dalam Tasik MUDA boleh diatur dengan Pusat Latihan MADA. Kadar berpatutan akan dikenakan berdasarkan bentuk latihan yanar berpatutan akan dikenakan berdasarkan bentuk latihan yang dipilih.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Alamat: Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
05900 Alor Setar,
Kedah Darul Aman


Tel: 04 – 7728255

Fax: 04 – 7722667

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi