img-header-mada
img-header-cnt
Selasa, 22 Oktober 2024

img-header img-header img-header
img-header

HOMESTAY MADA PULAU PISANG

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  ORANG AWAM  /  PELANCONGAN AGRO  /  HOMESTAY MADA PULAU PISANG

Pandulah sejauh 30 km dari Bandaraya Alor Setar menghala ke Jitra dan Tunjang untuk tiba di Homestay MADA Pulau Pisang, di mana ianya dikelilingi oleh kecantikan sawah padi menghijau di waktu awal penanaman dan emas kekuningan di masa penuaian.

Dengan hanya RM120, anda boleh menetap di 15 buah rumah inapdesa yang berbagai rekabentuk; moden atau tradisional, serta 2 buah chalet di pinggir kolam yang luas.

Beberapa aktiviti berasaskan alam tersedia untuk anda menikmatinya. Berkayaklah di dalam kolam yang terbentang luas ataupun anda boleh memancing untuk ikan air tawar yang boleh anda bakar sendiri untuk hidangan makan malam anda yang begitu segar. Alamilah kehidupan di desa bersama keluarga peladang yang sentiasa bersedia menerima anda dan jadikan ianya sebagai percutian yang tiada penghujungnya. Aktiviti berkumpulan dan majlis perkahwinan boleh diadakan di sini, penuh dengan tradisi dan dikelilingi alam semujadi, khusus untuk anda mengalaminya sendiri serta menjadi kenangan yang abadi.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Pak Atan +6017-5190-638 atau Liyana +6012-5773-571

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi