img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SESI LIBAT URUS PENGURUS BESAR BERSAMA USAHAWAN AGRO PELANCONGAN MADA

22, Apr 2025
Sesi Libat Urus Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli selaku Pengurus Besar bersama Usahawan Agro Pelancongan MADA hari ini adalah merupakan satu platform strategik yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi memperkukuhkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi agensi dan para usahawan dalam sektor agro pelancongan. Program ini diadakan bertujuan untuk mendengar secara terus pandangan, cabaran, serta cadangan daripada para usahawan agro pelancongan yang terlibat secara aktif dalam membangunkan kawasan jelapang padi sebagai destinasi pelancongan berasaskan pertanian.

Melalui sesi ini, Pengurus Besar MADA telah berpeluang menyampaikan hasrat dan hala tuju strategik agensi dalam memperkasakan agro pelancongan sebagai satu komponen penting dalam menjana ekonomi luar bandar. Turut dibincangkan ialah peluang kerjasama, bantuan teknikal dan kewangan, serta sokongan promosi bagi memperkukuh daya saing produk dan perkhidmatan agro pelancongan di kawasan MADA. Sesi ini turut menjadi ruang dua hala untuk usahawan menyuarakan keperluan mereka – sama ada dari segi latihan, fasiliti, pemasaran digital, mahupun jaringan kerjasama industri. Perbincangan ini diharap dapat melahirkan pelan tindakan yang lebih inklusif dan bersasar demi kemajuan bersama.

Secara keseluruhannya, sesi ini mencerminkan komitmen MADA dalam memperkukuh ekosistem agro pelancongan melalui pendekatan libat urus yang lebih mesra, terbuka dan berpaksikan keperluan komuniti usahawan setempat. Turut sama hadir Puan Nik Fazlina Nik Ahmad, Pengarah Bahagian Industri Makanan dan Usahawan.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi