Tiba di Alor Star dan terus menyantuni masyarakat dalam program ramah mesra bersama-sama pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil peringkat negeri Kedah.
Sambil diapit Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, saya maklumkan ribuan hadirin akan komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan semua kumpulan sasaran.
Sayugia, perkara berbangkit dan yang terkait, memerlukan sesi libat urus waima penyelesaian dalam menghadapi perubahan ekonomi dunia serta cabaran peredaran teknologi sebagai perisai kesiapsiagaan pemain-pemain industri.
Antaranya, saya sentuh Program Penanaman Padi lima dalam tempoh dua tahun yang dijangka dapat membantu meningkatkan pengeluaran beras negara namun ini perlu disokong dengan projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan rangkaian tali air dan parit.
Hatta, ini antara usaha meningkatkan pengeluaran beras negara selain pesawah mampu keluar daripada kategori miskin tegar.
Pada majlis yang sama ini, saya sampaikan Insentif Pembangunan Sektor Perikanan, Tanaman dan Bantuan Khas Sektor Tanaman Padi yang diharap dapat memberi manfaat kepada semua penerima di negeri Jelapang Padi. Insya-Allah.
BERITA LAIN