Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS SANTUNAN SYAWAL MADA 2024

18, Apr 2024
Kemeriahan Majlis Santunan Syawal Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang telah dianjurkan pada tahun ini dengan penglibatan dari keseluruhan kakitangan MADA di peringkat Wilayah mahupun Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) telah membuka ruang dengan lebih luas untuk membolehkan kepimpinan tertinggi dan kanan bertemu dan beramah mesra disamping menguatkan lagi tali silaturrahim diantara keluarga besar MADA bersama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta di peringkat negeri.
Sejumlah 1,500 orang pengunjung telah membanjiri Ibu Pejabat MADA dan sudah pasti ianya menandai bahawa majlis rumah terbuka MADA sentiasa dilihat sebagai medan untuk memupuk semangat perpaduan dan kesatuan di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, majlis ini juga memberi peluang kepada rakyat di negeri Kedah khususnya untuk bersama-sama merayakan kepelbagaian budaya dan tradisi yang ada di negeri ini. Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA turut menyantuni pelbagai lapisan masyarakat seterusnya memeriahkan pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan.
Secara keseluruhannya, Majlis Rumah Terbuka MADA merupakan satu program yang amat penting dan bermanfaat dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara agensi dan rakyat serta membantu meningkatkan lagi kefahaman dan penghargaan terhadap pelbagai adat dan budaya yang ada di Malaysia.


BERITA LAIN