Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SOROTAN AKTIVITI MADA HARI KEDUA 'HPPNK 2023'

11, Nov 2023
Dalam memastikan masa depan pengeluaran makanan, HPPNK pada tahun ini menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi dalam industri agromakanan negara melalui penerapan teknologi tinggi, smart precision farming, pendigitilan pengeluaran, mengadaptasikan mekanisasi automasi dan menguasai sebahagian besar rantaian pengeluaran berskala besar sekaligus dapat membantu kerajaan dalam mengurangkan pergantungan kepada import makanan.
Pada hari kedua penganjuran HPPNK, pihak MADA telah melaksanakan tiga (3) aktiviti bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir pada 11.00 malam. Program dimulakan dengan acara Fit 4 Life seawal jam 7.00 pagi dengan kehadiran peserta seramai 200 orang melibatkan kakitangan dari pelbagai Jabatan Agensi Persekutuan dan Negeri. Pada jam 1.30 tengahari pula telah berlangsunya Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke-2. Program disebelah petang diteruskan dengan acara demonstrasi memasak oleh usahawan di bawah bimbingan MADA bertempat di khemah jualan Agro Madani dengan melibatkan tetamu undangan khas iaitu Pengerusi MADA bersama Pengurus Besar MADA.
Disebelah malam pula, telah berlangsung acara kemuncak iaitu perarakan Night Parade yang menampilkan jentera berhias dari 12 Jabatan Agensi di bawah KPKM di mana pihak MADA telah menjadi sebagai agensi pelaksana. Dengan tema tradisonal bersama kilauan lampu warna-warni yang menjadi hiasan kepada kenderaan berhias, suasana kemeriahan dan kegemilangan itu telah memberikan seribu satu kegembiraan dan kenangan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan Night Parade ini.
#HPPNK2023 #madamabeles


BERITA LAIN