Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan simbolik penyerahan geran bantuan kepada 22 orang usahawan di Kawasan MADA Wilayah III, Pendang dan MADA Wilayah IV, Kota Sarang Semut yang secara keseluruhannya berjumlah RM578,376.40.
Antara Geran Bantuan yang disampaikan adalah dibawah Program :
a) Geran Agropreneur Muda (GAM)
b) Change Upgrade Product (CUP)
c) Rezeki Tani
d) Pemerkasaan Ekonomi Golongan B40 Agromakanan
e) Agropelancongan Majlis pada hari ini telah berlangsung di Kandai River Cafe, Alor Setar dan Laman Tanah Sofia, Kuala Kedah yang merupakan destinasi Agropelancongan dibawah MADA.
MADA di pertanggungjawabkan untuk mengendalikan program-program keusahawanan tani untuk membantu meningkatkan pendapatan perniagaan usahawan selaras dengan agenda pihak Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan.
BERITA LAIN