Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Sembang Santai dan Penyerahan Kotak Sumbangan Ramadan Peringkat MADA Wilayah IV oleh Pengerusi MADA

04, Apr 2024
Selaras dengan matlamat MADA dalam memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa serta melebihkan hasil untuk keperluan negara, pelbagai program telah dilaksanakan sejajar dengan misi dan hasrat MADA antaranya Sesi Sembang Santai dan Penyerahan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan berupa produk barangan makanan bersempena bulan Ramadan yang diedarkan kepada pesawah-pesawah dari PPK MADA E-IV Bukit Besar.
Majlis dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan Sesi Sembang Santai oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bersama-sama Peladang Kawasan PPK MADA E-IV, Bukit Besar seterusnya diteruskan dengan Sesi Penyerahan Kotak Sumbangan Salam Kasih Ramadan. Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara Pengerusi MADA bersama peladang-peladang MADA disamping untuk menjelaskan berkenaan halatuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai 12 Inisiatif Gelombang Padi. Selain itu, program seperti ini juga dapat membuka ruang untuk peladang berkongsi pandangan sambil membincangkan mengenai hala tuju dan isu-isu semasa dalam sektor tanaman padi khususnya di Kawasan Muda.
Turut hadir sama ke program ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pertanian), Encik Zulkifli Romli, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Ahli Lembaga Pengarah MADA iaitu Puan Siti Balkhis Husain.


BERITA LAIN