Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SOROTAN AKTIVITI MADA HARI PERTAMA 'HPPNK 2023'

10, Nov 2023
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 yang bermula hari ini di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak diserbu ratusan pengunjung selepas ianya dibuka sejak jam 11.00 pagi. Meskipun mengalami kesesakan di pintu masuk ke kawasan dataran ekoran jumlah kenderaan yang banyak, namun masalah yang berlaku dapat diatasi dengan kawalan pasukan keselamatan. Rata-rata pengunjung yang hadir melahirkan rasa teruja untuk datang dan melihat sendiri pameran di sini. Malah, ada di kalangan pengunjung yang kagum melihat kelainan pada pameran kali ini dan menganggap ia lebih meriah berbanding pameran terdahulu.
Keistimewaan HPPNK 2023 pada kali ini menampilkan konsep mood baharu serta melibatkan seisi keluarga dengan tarikan khusus orang muda dengan memberikan fokus kepada 18 Segmen Utama secara keseluruhan di bawah Agro Millenia, Teknoloji dan Inovasi, Sejahtera Madani dan Agro Madani. Pihak MADA turut tidak ketinggalan menganjurkan 5 aktiviti menarik sepanjang 3 hari penganjuran HPPNK iaitu aktiviti Fit 4 Life Program dan Madani Agro Light yang akan berlangsung pada 11 November 2023 manakala aktiviti Xplorace Madani Challenge, Badang Challenge serta Teka Berat Gemai Padi yang akan berlangsung pada 12 November 2023. Maklumat lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan MADA boleh dilayari di Portal Rasmi MADA serta di kesemua Media Sosial MADA.
"Moh Le Kite" datang beramai-ramai memeriahkan HPPNK 2023 yang disertai oleh seluruh Jabatan dan Agensi di bawah anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
#HPPNK2023 #madamabeles


BERITA LAIN