Anda berada di sini: LAMAN UTAMA / MAKLUMAT KORPORAT /
BERITA TERKINI
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOMADA KALI KE-39 OLEH PENGURUS BESAR
09, May 2024
Koperasi Pegawai-Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Berhad (KOMADA) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA. Beliau turut menyatakan di dalam ucapannya mengenai kecemerlangan KOMADA mengharungi tahun-tahun yang getir namun tetap gah berdiri dan komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan visi dan misinya, terutama dalam memberi manfaat kepada Koperasi Anggota dengan memberi perkhidmatan kewangan dan ke arah mempelbagaikan rantaian nilai dalam perniagaan. Seiring dengan matlamat dan usaha murni MADA, KOMADA sentiasa bersedia membantu memacu kompetensi koperasi dalam menjana pertumbuhan dan pengukuhan sosio-ekonomi Koperasi Anggota. Turut hadir menyampaikan ucapan adalah Tuan Haji Zainuddin Mat Zakaria selaku Pengerusi KOMADA serta kehadiran anggota melebihi 400 orang.