Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SEMBANG SANTAI GELOMBANG PADI BERSAMA PELADANG PPK F-IV SG. LIMAU DALAM

05, Jun 2024
Pihak MADA pada hari ini meneruskan lagi komitmen dan usahanya dalam menyampaikan hasrat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengenai pelaksanaan ‘Gelombang Padi’ yang bakal menjadi satu game changer kepada transfomasi industri padi dan beras negara khususnya di Kawasan Muda (MADA). Sesi Sembang Santai yang telah dilaksanakan pada hari ini oleh Yang Berbahgia Dato’ Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bersama-sama para peladang di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA F-IV Sungai Limau Dalam telah memberikan impak dan maklumbalas yang positif disamping MADA membuka ruang seluas-luasnya kepada peladang-peladang untuk mangajukan soalan dan aduan sewaktu sesi soal jawab diadakan.

Seusai program diadakan, Dato’ Pengerusi MADA bersama pihak pengurusan tertinggi dan kanan MADA telah di bawa oleh Ketua Unit Kuala Sungai Limau Dalam, Encik Md. Saad Yaakob bagi meninjau keadaan saliran yang perlu dibersihkan akibat dari pokok tumbang yang menghalangi laluan air di sepanjang Ban Kiri Parit Sungai Limau ke Alator Sungai Limau Dalam. MADA menerusi Pejabat Wilayah IV dan PPK F-IV Sungai Limau Dalam mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk menyelesaikan aduan peladang bagi membolehkan pelaksanaan aktiviti penanaman padi musim baharu ini dijalankan dengan sempurna tanpa kekurangan.

Sudah pastinya, MADA bersama-sama PPK memainkan tugasan serta peranan yang sangat penting di dalam menguruskan kawasan pengeluaran utama makanan ruji untuk keperluan rakyat Malaysia serta berperanan memperkukuhkan Sekuriti Makanan Negara. Peranan dan sumbangan oleh Kawasan Muda untuk kecukupan makanan negara tidak lagi boleh dinafikan, kerana pengeluaran padi negara ini datangnya dari kawasan jelapang utara tanah air yang telah disumbang lebih dari 5 dekad yang lalu.

Turut sama hadir ke program ini adalah Tuan Che Mat Dzaher Ahmad dan Puan Siti Balkhis Husain selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah MADA, Puan Engku Mazlin Engku Halin selaku Pengarah Bahagian Industri Padi, Encik Nazri Ismail selaku Pengurus MADA Wilayah IV Kota Sarang Semut serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat, Pejabat Wilayah dan PPK F-IV Sungai Limau Dalam.

'Darjat Peladang Disanjung Tinggi, Martabat MADA Dijulang Megah'


BERITA LAIN