img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 23 Januari 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI & PENGURUSAN TERTINGGI MADA KE ATAS JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA (JPS)

19, Feb 2024
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) khususnya kepada Yang Berbahagia Mejar (K) Dato Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar Othman selaku Ketua Pengarah kerana sudi menerima Kunjungan Hormat oleh Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA serta hadir bersamanya pihak pengurusan tertinggi MADA bagi membincangkan perkara-perkara melibatkan tadbir urus, program-program serta sistem saliran pengairan di Kawasan Muda (MADA).
Hubungan erat diantara MADA bersama-sama JPS telah memainkan peranan dan kerjasama yang sangat penting bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan saliran berterusan serta dapat berjalan dengan sempurna tertakluk kepada peruntukan Jabatan / Agensi masing-masing. Adalah menjadi harapan pihak MADA untuk menyaksikan perbincangan dua (2) hala ini akan memberikan impak positif dan membuahkan keputusan serta tindakan yang terbaik yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat khususnya peladang-peladang di Kawasan Muda. Pihak MADA yakin dan percaya bahawa hubungan ini akan dapat diteruskan dan ditambahbaik mengikut keperluan dasar kerajaan dari semasa ke semasa.
Turut sama hadir ke Kunjungan Hormat ini adalah Pengurus Besar MADA, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pegawai-Pegawai MADA.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi