Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Ahad, 28 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MADA Dinobat Johan Pertandingan Video TikTok Sempena Karnival Integriti KPKM 2023

12, Oct 2023
Hari ini Unit Integriti dibawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menganjurkan Karnival Integriti 2023 bertempat di Dewan Serbaguna dengan bertemakan Integriti - Buat Betul-Betul. arnival berkenaan dilaksanakan melalui kerjasama strategik Unit Integriti KPKM bersama semua 12 Unit Integriti daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian ini. Program ini turut disokong oleh Bahagian-bahagian dan Kelab Tani, Puspanita serta Surau Al-Kauthar.Perasmian penutupan Karnival ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) yang mewakili YB Datuk Foong Hin, Timbalan Menteri dengan membacakan ucapan beliau. Dalam ucapan berkenaan, tiga (3) teras utama dalam membudayakan integriti dalam perkhidmatan di Kementerian ini telah disentuh oleh YB Datuk Chan Foong Hin iaitu
  1. Komitmen pengurusan tertinggi dalam membudayakan kepimpinan melalui teladan
  2. Kod etika dan nilai yang jelas mengikut tatakelola yang betul
  3. Tindakan dan keputusan yang konsisten dan telus mengikut standard integriti tinggi pada semua peringkat.


    BERITA LAIN