Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023

31, Aug 2023
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 berjalan dengan penuh gilang-gemilang bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman bercemar duli berangkat bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 bertempat di Dataran Medan Bandar, di sini, hari ini.
Pihak MADA bersama-sama dengan 117 kontinjen perbarisan dan perarakan yang lain turut tampil dalam sambutan kali ini yang sangat meriah melebihi sambutan pada sebelum ini.
Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff Tunku Puan Mahkota Kedah.
Dalam pada itu YBrs Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Pengurus Besar MADA juga mengambil kesempatan untuk hadir bagi menyokong dan memberi semangat kepada kontinjen perbarisan dan perarakan MADA.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66.


BERITA LAIN