Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

WALKABOUT PENGURUS BESAR KE LADANG BENIH PADI SAH & PREMIS USAHAWAN TERNAKAN DAN AGROPELANCONGAN

04, Jun 2024
Program Walkabout Pengurus Besar MADA hari ini dimulakan dengan penyempurnaan Pelancaran Program Penanaman Padi Skim Ladang Benih Padi Sah bertempat di Kampung Masjid, Kubang Rotan yang memperlihatkan keterlibatan secara serius oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA I-II Kuala Sungai sebagai pengeluar Benih Padi Sah bagi Varieti MR297 dan MR315 sehingga PPK ini telah berjaya melaksanakan sebanyak 3 pusingan dengan keuntungan bersih sebanyak RM1.131 juta lebih dari hasil jualan kampit beg benih berjumlah 143,167 beg.

Program diteruskan dengan sesi walkabout ke Ladang Ternakan Lembu dan Kambing yang diusahakan oleh Puan Azimah Ahmad, seorang usahawan ternakan di bawah bimbingan MADA yang juga merupakan penerima dua (2) anugerah iaitu Anugerah Peladang Jaya Wanita 2024 serta Anugerah Tokoh 2024 yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2024. Program walkabout Pengurus Besar diakhiri dengan sesi lawatan ke Dangau Tok Chaq, yang diusahakan melebihi tempoh satu tahun oleh Puan Syafiqah Saadun dan keluarga, yang juga merupakan seorang usahawan agropelancongan di bawah bimbingan MADA. Premis homestay ini juga turut menjalankan beberapa aktiviti berkonsepkan pertanian. Diakhir sesi walkabout ini, Pengurus Besar MADA amat mengharapkan agar usahawan-usahawan ini dapat bangkit dengan lebih hebat dan mengembangkan lagi projek perniagaan mereka ke tahap yang lebih cemerlang.


BERITA LAIN