Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN KERJA JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC) KE MADA

23, Apr 2024
Pihak pengurusan tertinggi MADA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Wira Mas Ermieyati Samsudin selaku Pengerusi (PAC) kerana telah mengadakan sesi rangka lawatan kerja ke beberapa tempat penting di MADA seperti Tapak Loji Benih Padi MADACorp Teluk Chengai Kuala Kedah dan Empangan Pedu, Kuala Nerang.
Delegasi juga turut mengadakan lawatan kerja ke Kilang Syarikat Malaysia NPK Fertilizer Sdn Bhd Gurun di bawah seliaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Pertubuhan Peladang, Gurun bagi melihat perkembangan terkini dan keadaan semasa berkaitan pengurusan program penanaman padi di Kawasan Muda.
Turut sama hadir ke sesi lawatan kerja adalah Ketuas Setiasuaha Kementerian (KPKM), Pengerusi dan Pengurus Besar MADA, Pengurusan Tertinggi dan Kanan, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA serta wakil-wakil Pegawai dari Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


BERITA LAIN