img-header-mada
img-header-cnt
Isnin, 17 Februari 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU MADA 2025

20, Jan 2025
Bermula lembaran tahun baharu 2025, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini telah mengadakan Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA yang disampaikan oleh Tuan Haji Kamarudin Dahuli, Pengurus Besar serta Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA. Majlis dimulakan dengan ucapan amanat awal oleh Pengurus Besar yang menekankan pentingnya kerjasama dan komitmen berterusan daripada semua pihak untuk mencapai visi dan misi MADA sebagai pemangkin utama dalam pembangunan sektor pertanian dan kesejahteraan masyarakat di Kawasan Muda dan seterusnya mengumumkan pencapaian MADA sepanjang tahun 2024 serta halatuju MADA bagi tahun 2025.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan amanat oleh Pengerusi MADA yang menyentuh perkara berkaitan kejayaan Kerajaan MADANI mentadbir negara dengan semangat reformasi iaitu Islah dan Itqan Fil Amal. Beliau turut menyatakan pencapaian, kejayaan serta halatuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam menghadapi cabaran di tahun 2025 bagi memastikan keterjaminan makanan negara terpelihara. Dengan sokongan padu daripada setiap anggota, beliau percaya MADA akan terus menjadi sebuah organisasi yang inovatif dan progresif, membawa perubahan positif yang lebih besar kepada golongan pesawah dan komuniti setempat. Sementara itu, Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh turut memberi kata-kata semangat, menegaskan betapa pentingnya penerapan nilai-nilai integriti, ketelusan, dan profesionalisme dalam setiap langkah yang diambil untuk memastikan kejayaan bersama. Majlis ini bukan sahaja mencerminkan semangat baru, tetapi juga menandakan azam baru yang lebih jitu dalam merealisasikan misi dan visi MADA untuk tahun 2025 dan akan datang.
Majlis Perutusan Amanat Tahun Baharu MADA 2025 diakhiri dengan penyerahan Kit Pertanian sebagai simbolik menyahut komitmen yang dicadangkan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM terhadap pelaksanaan vertical farming di peringkat komuniti sebagai langkah menggalakkan pertanian bandar serta sebagai inspirasi kepada masyarakat umum dalam mengaplikasikan teknologi pertanian di rumah masing-masing.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi