Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI MADA KE ATAS KETUA PENGARAH (MARDI)

06, May 2024
Pada hari ini pihak pengurusan tertinggi MADA yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas pengurusan agensi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani selaku Ketua Pengarah bagi membincangkan dan mengeratkan hubungan antara dua (2) Agensi Persekutuan terutamanya dalam konteks pembangunan industri padi di Kawasan Muda (MADA).

Pertemuan dua hala ini dijangka menghasilkan natijah yang positif serta mampu membuka lembaran baharu serta diyakini mampu menambah baik hubungan kerjasama selain ianya dapat mewujudkan satu memorandum kerjasama untuk dijadikan punca kuasa bagi kedua-dua pihak berkolaborasi. Pihak pengurusan MADA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pengurusan tertinggi dan kanan (MARDI) kerana sudi menerima kunjungan hormat MADA dan mengharapkan agar (MARDI) dapat terus gah menerajui menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani..

Turut sama hadir iaitu Pengurus Besar, Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pertanian / Teknikal), Pengarah-Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan, Perancangan & Teknologi Maklumat, Industri Padi, Perkhidmatan Pengairan & Saliran serta wakil Pegawai-Pegawai MADA.


BERITA LAIN