img-header-mada
img-header-cnt
Rabu, 26 Mac 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN MADA KE ATAS AGENSI ANGKASA MALAYSIA (MYSA)

29, Jan 2024
Pada hari ini pihak pengurusan MADA yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudi Dahuli selaku Pengurus Besar MADA telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas pengurusan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang diketuai oleh Yang Berusaha Gs. Encik Azlikamil Napiah selaku Ketua Pengarah bagi membincangkan dan mengeratkan hubungan antara Dua (2) Agensi Persekutuan terutamanya dalam konteks pembangunan industri padi di Kawasan Muda.
Pertemuan dua hala ini dijangka menghasilkan natijah yang positif serta mampu membuka lembaran baharu serta diyakini mampu menambah baik penggunaan Geographic Information System (GIS) di dalam pengurusan organisasi mengikut keperluan dasar kerajaan semasa ke arah pendigitalan selain ianya dapat mewujudkan satu memorandum kerjasama untuk dijadikan punca kuasa bagi kedua-dua pihak berkolaborasi. Pihak pengurusan MADA ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga anggota MYSA kerana sudi menerima kunjungan hormat MADA dan mengharapkan agar MYSA dapat terus gah menerajui teknologi dan inovasi terkini untuk meningkatkan daya saing global negara serta menerajui pembangunan STIE melalui R&D&C&I ke arah penciptaan kekayaan dan Negara Berteknologi Tinggi untuk pertumbuhan ekonomi, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat.
Turut sama hadir Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Pengarah-Pengarah Bahagian serta wakil Pegawai-Pegawai MADA.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi