img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

PENGERUSI DAN PENGURUSAN TERTINGGI MADA MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI KUMPULAN MMC

25, Apr 2025
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh bersama barisan pengurusan tertinggi MADA telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Kumpulan MMC yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat silaturrahim. Majlis yang diadakan bertempat di Sime Darby Convention Centre ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Kumpulan MMC serta menjalin kerjasama yang lebih kukuh antara pihak industri dan badan-badan Kerajaan. Kehadiran Pengerusi dan pengurusan tertinggi MADA menyerlahkan lagi komitmen agensi dalam membina jaringan strategik yang memberi manfaat bersama, khususnya dalam bidang pembangunan pertanian dan pengurusan sumber.

Majlis ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi aspirasi bagi memperkukuh hubungan antara MADA dan pemain industri utama negara. Kehadiran MADA dalam majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap jemputan MMC, malah sebagai langkah memperkukuh kerjasama rentas sektor demi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara secara inklusif dan mampan. Turut sama hadir iaitu Encik Zulkifli Romli (Pengurus Besar MADA) dan Engineer Encik Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal).



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi