img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 21 Ogos 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM (MAPPA XX) KALI KE-20 TAHUN 2025

15, Aug 2025
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sewaktu menyampaikan ucapan amanat bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Kali Ke-20 Tahun 2025 telah menyatakan dengan jelas bahawa dalam kerangka Negara MADANI, selain memacu pertumbuhan ekonomi yang dinamik dan berdaya saing, keutamaan Kerajaan juga turut diberikan kepada pemerkasaan nilai sebagai asas pembentukan sebuah tamadun bangsa yang seimbang. Kejayaan tidak hanya diukur melalui peningkatan pelaburan, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan atau kemantapan pasaran semata-mata, malah yang lebih utama ialah memastikan keutuhan akhlak, jati diri dan nilai-nilai murni dalam masyarakat terus terpelihara dan tidak dibiarkan luntur atau runtuh. Demokrasi ialah tunggak agung dalam sistem pemerintahan negara yang menjunjung prinsip keadilan, kesaksamaan dan maruah insan. Namun, segala bentuk sikap ekstrem, keterlanjuran tutur dan tindakan, keangkuhan, kebiadaban, budaya buli serta penghinaan terhadap martabat individu atas dasar kaum, keturunan, warna kulit atau apa jua bentuk diskriminasi merupakan ancaman kepada keluhuran sistem ini. Justeru, gejala sebegini wajib dihentikan tanpa kompromi. Seluruh kekuatan negara – baik dari segi institusi, masyarakat MADANI mahupun kepimpinan – mesti digembleng secara menyeluruh dan tegas bagi memastikan demokrasi yang kita junjung tidak dicemari oleh kebobrokan nilai dan kezaliman budaya yang memecah-belahkan.

Turut sama hadir ke majlis ini adalah Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA, Tuan Engineer Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal), Encik Rozaidi Sharee (Timbalan Pengurus Besar – Pertanian), Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengurus-Pengurus Wilayah MADA.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi