img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 30 Oktober 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KPKM KE MADA

28, Oct 2025
Alhamdulillah, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada hari ini amat berbesar hati menerima kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Sri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diiringi Yang Berusaha Puan Aina Azza binti Haji Zaid, Setiausaha Bahagian Pemodenan Pertanian (KPKM) menerusi lawatan kerja satu (1) hari ke Kawasan Muda (MADA). Lawatan kerja ini bertujuan bagi meninjau perkembangan terkini Projek Pembangunan Big Data Sektor Padi Di Kawasan Muda Ke Arah IR4.0 bertempat di Kampung Bohor, Kepala Batas, Jitra yang merupakan antara inisiatif MADA dan KPKM ke arah transformasi pertanian pintar. Lawatan ini turut membuka ruang bagi perbincangan strategik antara pihak KPKM dan MADA dalam memperkukuh pelaksanaan teknologi pertanian berasaskan Internet of Things (IoT), automasi ladang, serta penggunaan data raya bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sawah dan hasil pengeluaran padi negara. Melalui inisiatif ini, MADA sangat komited untuk menjadi peneraju dalam merealisasikan aspirasi pertanian pintar negara, selaras dengan agenda Sekuriti Makanan Nasional dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

Lawatan kerja juga diteruskan dengan sesi pembentangan di sebelah petang oleh Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar berkenaan halatuju MADA dalam memartabatkan Kawasan Muda sebagai model rujukan nasional bagi pembangunan pertanian moden dan lestari. Pembentangan tersebut memberi tumpuan kepada strategi pelaksanaan teknologi pertanian pintar, pengurusan sumber air yang efisien, serta inisiatif pemerkasaan pesawah melalui program latihan dan pembangunan kapasiti yang berterusan. Melalui pelan strategik yang dirangka, MADA bertekad untuk memperkukuh ekosistem pertanian padi yang berdaya tahan, berimpak tinggi dan selaras dengan agenda KPKM dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara. Pengurus Besar MADA turut menyampaikan pembentangan data terkini mengenai fungsi utama MADA dengan menggunakan platform Portal Bersepadu MADA dan Sistem Maklumat Geografi / Geographic Information System (GIS). Keupayaan platform Portal Bersepadu ini terbukti lebih sistematik dan efisien dalam menyokong proses pengurusan, pemantauan, dan pelaporan, sekaligus memudahkan pihak pengurusan membentangkan data MADA secara menyeluruh.

Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Sri Norazman Ayob bersama delegasi KPKM bukan sahaja menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja MADA dan pesawah di Kawasan Muda, malah menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasakan sektor padi dan beras ke arah pertanian moden, berdaya saing dan mampan.

#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi