img-header-mada
img-header-cnt
Jumaat, 14 November 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS BACAAN YASIN & DOA RESTU ILMU SEMPENA PEPERIKSAAN (SPM) 2025

06, Nov 2025
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, khususnya para ibu bapa pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025, atas kehadiran dan sokongan dalam Majlis Bacaan Yasin dan Doa Restu Ilmu yang dianjurkan oleh Biro Jawatankuasa Surau MADA dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang MADA (YPPPM) yang diadakan secara siaran langsung di Facebook MADA serta melalui pautan Goolgle Meet pada hari ini. Majlis dimulakan dengan ucapan tausiah dan taujihat yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA di mana beliau turut menyatakan bahawa doa ibu bapa adalah senjata paling mustajab, restu mereka adalah rahmat yang mengiringi setiap langkah anak-anak menuju kejayaan.

Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki tidak lahir daripada usaha semata-mata, tetapi merupakan hasil perpaduan antara ilmu yang bermanfaat, doa yang tidak putus, restu yang tulus, serta tawakal yang sepenuh hati kepada Allah SWT. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar MADA serta seluruh pihak pengurusan tertinggi MADA sebagai tanda sokongan dan dokongan ke atas anak-anak kepada kakitangan serta yayasan. Pihak MADA juga turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada wakil-wakil pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Perlis di atas kesudian hadir memeriahkan majlis ini.

#madamabeles #MajlisDoaRestu #SPM2025 #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi