Satu sesi taklimat strategik berkaitan Pembangunan Industri Makanan dan Usahawan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diadakan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur. Sesi berkenaan disampaikan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sebagai platform penting untuk mengetengahkan halatuju serta pencapaian semasa MADA dalam memacu pembangunan sektor agromakanan negara. Dalam sesi tersebut, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA bersama Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar telah memperincikan pelbagai inisiatif, program serta potensi baharu dalam landskap industri makanan dan keusahawanan, yang menjadi antara tonggak utama dalam memperkukuh rantaian nilai agromakanan negara. Penekanan turut diberikan kepada langkah-langkah pengukuhan ekosistem usahawan tani yang lebih berdaya saing, inovatif dan mampan.
Turut hadir bersama Yang Berbahagia Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), yang menyatakan komitmen Kementerian untuk terus menyokong agenda pemerkasaan agromakanan nasional. Usaha yang digerakkan MADA ini sejajar dengan aspirasi KPKM dalam memperkukuh keselamatan dan keterjaminan makanan negara, sekaligus memastikan sektor agromakanan berkembang dengan lebih mampan dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa hadapan.
#madamabeles #KPKMMalaysia #CukupDanTerjamin #RealisasiReformasi #taatsetia #MalaysiaMADANI #RakyatDisantuni #MADANIBekerja
BERITA LAIN