Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana sudi menghadiri program Sesi Libat Urus Bersama Golongan Sasar MADA seterusnya merasmikan Destinasi Agropelancongan MADA di The Mama Wanstay Kuala Perlis, Perlis. MADA berkeyakinan bahawa homestay ini berpotensi untuk dikembangkan sebagai salah satu Destinasi Agropelancongan yang maju di dalam kawasan MADA Perlis serta menarik lebih ramai pelancong di dalam dan luar negara ke kawasan ini.
Jutaan terima kasih khususnya kepada Dato` Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA, pihak pengurusan tertinggi MADA, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras PPK MADA, Encik Ishak Taib, Pengerusi-Pengerusi dan Pengurus-Pengurus PPK Wilayah 1 Perlis serta kepada usahawan-usahawan MADA Wilayah 1 Perlis yang sudi hadir ke program ini.
MADA - Nadi Jelapang Padi Negara
BERITA LAIN