img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN KERJA YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP, TIMBALAN MENTERI KPKM KE KAWASAN MUDA (MADA)

16, Jul 2024
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) hari ini berbesar hati menerima Lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke MADA buat pertama kalinya semenjak beliau di lantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Sesi lawatan kerja dimulakan dengan kunjungan hormat serta sesi taklimat yang di sampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA serta Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA bertempat di Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar. Pertemuan dua hala ini dijangka akan menghasilkan natijah yang positif serta mampu membuka lembaran baharu serta diyakini mampu menambahbaik hubungan kerjasama antara MADA dan KPKM selain ianya dapat mewujudkan kolaborasi dalam memperkukuhkan serta membantu mengangkat kelestarian sektor industri padi di Kawasan Muda (MADA).

Seterusnya sesi lawatan kerja diteruskan pada sebelah malamnya dengan Sesi Libat Urus Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Bersama Para Usahawan Agrotourism MADA serta turut hadir pengarah-pengarah dan wakil-wakil dari Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Kedah. Di dalam ucapannya pada sesi tersebut, beliau menyatakan komitmen KPKM dalam membangun dan memperkasakan sektor agropelancongan di seluruh negara termasuklah di kawasan Muda. Pada tahun 2023, KPKM melalui MADA telah memperuntukan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Perpuluhan Lapan Satu Juta (RM1.81 juta) yang memberi manfaat kepada sebanyak empat belas (14) Destinasi Agropelancongan MADA. Bagi tahun 2024 pula, sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ratus Enam Puluh Lima Ribu (RM 665 ribu) telah diperuntukkan kepada MADA dan diagihkan kepada 5 Destinasi Agropelancongan yang telah diluluskan. Yang Berhormat Datuk juga berkesempatan melancarkan Buku Success Story Agrotourism MADA sebelum berakhirnya majlis makan malam tersebut.

Turut sama hadir pada sesi libat urus ini adalah Tuan Che Mat Dzaher Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah MADA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agrotourism MADA, serta turut hadir bersama Puan Siti Balkhis Husain dan Encik Mohd Nazri Ismail selaku Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA.

'Darjat Peladang Disanjung Tinggi, Martabat MADA Dijulang Megah'


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi