img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-19 (MAPPA XIX) - PERKHIDMATAN AWAM MADANI

16, Aug 2024
Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX), “Perkhidmatan Awam MADANI” bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024. Sistem baru ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan reformasi perkhidmatan awam yang lebih menyeluruh, termasuk rasionalisasi perkhidmatan yang tidak lagi relevan.

Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang akan dilaksanakan secara berfasa pada Disember 2024 dan Januari 2026 di mana Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan & Profesional sebanyak 15% dan bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi sebanyak 7%. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Yang Berusaha Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Pegawai-Pegawai Kanan MADA.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi