Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA C-2, Kerpan telah mengadakan Program Hari Bertemu Peladang Tahun 2024 bertempat di Pekarangan PPK C-2, Kerpan. Program ini diadakan bertujuan untuk membuka ruang interaksi antara peladang dan masyarakat, membina hubungan yang lebih erat serta berkongsi pengetahuan mengenai amalan pertanian serta memberikan peluang kepada para peladang untuk memasarkan produk mereka terus kepada pengguna. Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program tersebut antaranya Jualan Usahawan Bimbingan PPK MADA C-2 Kerpan, Jualan Rahmah MADANI, Karnival Pameran oleh Agensi-Agensi Kerajaan, Syarikat-Syarikat Produk Agrokimia, Cabutan Bertuah serta Demonstrasi Kraftangan
Pembuatan Serkap. Aktiviti program ini melibatkan golongan sasar yang terdiri daripada pesawah, peladang muda dan peladang nita. Turut hadir sama memeriahkan program ini ialah Yang Berbahagia Dato Dr. Ismail Salleh, Pengerusi MADA serta Pengurus MADA Wilayah II Jitra.
BERITA LAIN