Sambutan Hari Integriti MADA Tahun 2024 adalah merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan nilai-nilai integriti dan etika yang tinggi di dalam kalangan individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Majlis yang diadakan ini secara khususnya adalah sebagai langkah dan usaha bagi memperingati kepentingan integriti di dalam kehidupan seharian, serta untuk merayakan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mempromosikan kejujuran, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pelbagai aspek. Dalam dunia yang serba kompleks, cabaran yang kita hadapi untuk mengekalkan integriti semakin hari semakin besar. Tekanan dalam pekerjaan, persaingan ekonomi dan kemudahan teknologi kadangkala memberi ruang untuk kita mengabaikan nilai-nilai integriti demi mencapai keuntungan atau kepentingan peribadi.
Bersempena dengan sambutan Hari Integriti MADA Tahun 2024, Unit Integriti MADA telah mengadakan Pertandingan Sudut Integriti yang melibatkan semua Pejabat-Pejabat di Bahagian, Pejabat Wilayah dan PPK MADA. Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu program Pengukuhan Integriti dengan penglibatan secara hands-on di peringkat pejabat masing-masing. Pihak MADA juga merakamkan rasa berbesar hati dan sukacita di atas kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ismail bin Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara kerana sudi bertandang ke MADA bagi berkongsi pengalaman beliau di dalam Bicara Integriti. “Tidak sempurna KEIMANAN bagi orang yang tidak BERAMANAH, dan tidak sempurna AGAMA bagi orang yang tidak MEMENUHI JANJI”.
Turut sama hadir menyampaikan ucapan di majlis sambutan adalah Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh (Pengerusi MADA), Tuan Haji Kamarudin Dahuli (Pengurus Besar), juga turut hadir Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pertanian / Teknikal), Tuan Che Mat Dzaher Ahmad (Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agropelancongan MADA), Pengarah-Pengarah Bahagian serta seluruh pegawai-pegawai kanan dan kepimpinan PPK MADA..
BERITA LAIN