Majlis Berbuka Puasa MADA yang dianjurkan pada tahun ini dianggap sebagai satu penghormatan kepada MADA, kerana ianya turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kehadiran beliau bukan sahaja menunjukkan tanda sokongan kepada MADA, malah ianya turut mengukuhkan lagi hubungan khususnya antara Jabatan / Agensi di bawah KPKM peringkat Persekutuan dan Negeri. Majlis ini turut memperkukuhkan lagi semangat ukhuwah, mengeratkan hubungan dan perpaduan di kalangan umat Islam selari dengan agenda pembangunan MADANI, iaitu berfikiran terbuka, mencungkil persamaan dan tidak menggali perbezaan serta bersepakat dan saling menghormati.
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA sewaktu menyampaikan ucapan aluannya berkata, “seorang muslim yang berpegang teguh kepada Manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah seharusnya wajib menjadikan prinsip utama agama Islam iaitu membina kekuatan ummah serta menegakkan taat setia kepada pemerintah dan negara ini, lebih-lebih lagi menghormati kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama yang merupakan manifestasi rasa cinta dan hormat kita kepada institusi yang menjaga kesejahteraan umat dan negara. Yang Berhormat Menteri turut menyatakan di dalam ucapannya bahawa pihak KPKM memandang serius berkenaan para pesawah sebagai tulang belakang kepada ‘Kedaulatan Makanan Negara’ dan akan memastikan halatuju KPKM dan Kerajaan MADANI dalam membantu pesawah dalam melestarikan industri padi dan beras negara ke tahap yang lebih cemerlang.
Turut sama hadir Encik Zulkifli Romli (Timbalan Pengurus Besar – Pertanian), Ir. Nik Kun Nik Man (Timbalan Pengurus Besar – Teknikal), Encik Farizan Che Hamid (Pengarah Agrobank Wilayah Utara), Encik Mohd Asmirul Anuar Aris (Pengerusi MADACorp), Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MADA serta para penerima sumbangan Ramadan MADA yang terdiri dari anak-anak yatim dan kakitangan MADA Gred 1.
BERITA LAIN