Anda berada di sini: LAMAN UTAMA / MAKLUMAT KORPORAT /
BERITA TERKINI
PELANTIKAN PENGURUS BESAR MADA BAHARU
09, Apr 2025
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini telah menyerahkan watikah pelantikan Encik Zulkifli bin Romli sebagai Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang baharu berkuatkuasa 7 April 2025. Semoga pelantikan ini akan membuka satu wadah baharu di dalam pemodenan sektor industri padi di Kawasan Muda demi kesejahteraan para peladang dan seterusnya mengangkat agenda keterjaminan makanan negara.