img-header-mada
img-header-cnt
Khamis, 1 Mei 2025

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MADA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2025

20, Apr 2025
Yang Berusaha Encik Zulkifli Romli, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bersama-sama 500 orang peserta pada malam ini telah menyertai Lembaga Sumber Air Negeri Kedah Neon Walk 2025 bersempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2025. Pemilihan tema pada tahun ini amat bertepatan dengan cabaran global yang dihadapi di mana perubahan iklim semakin memberi kesan kepada sumber air utama dunia, termasuklah glasier yang semakin mencair pada kadar yang membimbangkan. Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2025 ini juga merupakan satu inisiatif Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebagai salah satu medium perantaraan Kerajaan dan orang awam untuk menyampaikan maklumat secara bersemuka sekaligus memperolehi respon secara terus.

Dengan pelaksanaan program ini, bukan sahaja informasi, pengetahuan dan cetusan idea dapat diperolehi, malah ianya juga memberi peluang kepada rakyat Negeri Kedah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Turut Berangkat hadir sama ke program Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah.



BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi