Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

SOROTAN AKTIVITI MADA HARI TERAKHIR 'HPPNK 2023'

12, Nov 2023
Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah di sini bakal melabuhkan tirai dengan kehadiran bukan sahaja dari golongan peladang, penternak dan nelayan malah turut mendapat sambutan dari golongan muda. Kehadiran golongan itu disifatkan positif dan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk golongan muda menceburi bidang pertanian selain memberikan semangat baru kepada golongan peladang, penternak dan nelayan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menganjurkan program ini menyasarkan kehadiran 350,000 orang pengunjung ke acara berprestijnya disamping membantu merancakkan semula ekonomi negara selain menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan industri agro makanan. Kali terakhir HPPNK diadakan ialah pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.
Pada hari terakhir penganjuran HPPNK, pihak MADA telah melaksanakan tiga (3) aktiviti / program bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Program dimulakan dengan acara Xplorace MADANI Challenge yang turut disertai oleh seluruh kakitangan Jabatan dan Agensi di bawah KPKM, Teka Berat Gemai Padi dan diakhiri dengan aktiviti Badang Challenge di Pentas Utama. HPPNK 2023 dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan sektor agro makanan untuk dijadikan satu agenda dalam negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pembangunan negara. Sambutan HPPNK juga diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan di negara kita.
HPPNK 2023 melibatkan kerjasama KPKM serta jabatan dan agensi di bawahnya dengan Kerajaan Negeri Perak dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai agensi pelaksana serta kerjasama dari rakan-rakan strategik, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang berkepentingan dalam sektor agromakanan negara.


BERITA LAIN