img-header-mada
img-header-cnt
Sabtu, 7 Disember 2024

img-header img-header img-header
img-header

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA (KPKM) KE PROJEK PENANAMAN PADI MINI SEKINCHAN MADA, KG. GULAU, TUALANG

02, Dec 2023
Bagi memastikan lonjakkan peningkatan hasil padi ke tahap yang lebih baik dalam mengurangkan kebergantungan kepada import beras serta membantu dalam keterjaminan makanan negara, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Penanaman Padi Mini Sekinchan MADA bertempat di Kampung Gulau, Tualang, Kedah.
Projek ini melibatkan kawasan seluas 38.995 hektar dengan penglibatan seramai 10 orang peladang menggunakan varieti Mardi Siraj 297. Kaedah Tabur Terus dan penggunaan jentanam bagi kaedah penanaman padi ini dilihat mampu mengoptimakan bilangan anak pokok padi dalam mencapai pengeluaran hasil padi yang maksimum. Amalan pertanian yang baik serta disiplin pematuhan jadual tanaman padi melalui penggunaan Pakej Penanaman Padi Mini Sekinchan dilihat mampu memberi impak terhadap pengeluaran hasil padi.
Turut hadir sama ke lawatan kerja iaitu Encik Mazlan Othman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sekuriti Makanan (KPKM), Tuan Haji Kamarudin Dahuli selaku Pengurus Besar MADA bersama-sama dengan Timbalan-Timbalan Pengurus Besar (Pertanian & Teknikal) serta wakil-wakil pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat MADA, Pejabat MADA Wilayah III serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) MADA D-III, Titi Haji Idris.


BERITA LAIN

logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi
logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi logos-agensi