Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

MAJLIS SALAM KASIH RAMADAN MADA 2024

27, Mar 2024
Majlis berbuka puasa MADA yang telah diadakan pada tahun ini telah berlangsung dengan sempurna dengan kehadiran pegawai / kakitangan MADA serta penyertaan dari warga Kelab Media Elit Kedah yang diketuai oleh Encik Adie Suri Zulkefli. Majlis yang disempurnakan oleh Pengerusi MADA iaitu Dato Dr. Ismail Salleh telah menyatakan di dalam ucapannya bahawa, Ramadan adalah merupakan satu latihan bagi membiasakan kehidupan dengan kesulitan, khususnya bagi kita orang muslim yang beriman, dan sebagai contoh didikan agama Islam yang terbaik kepada orang bukan Islam secara umumnya. Sehingga ke hari ini, kita telah melalui perjalanan berpuasa bahkan juga menundukkan nafsu untuk merendahkan diri kepada menghayati kurniaan nikmat ganjaran rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ramadan ini juga memperlihatkan kepada kita segala tata kelakuan dan perbuatan yang menjadi cerminan sebenar, meskipun syaitan telah dirantai daripada membisik dan menghasut.Pengerusi MADA turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh petugas-petugas media negeri Kedah, di atas kerjasama yang baik dalam menyiarkan laporan yang positif, sahih dan seimbang dalam membawa halatuju, misi dan visi MADA secara khususnya. Beliau juga mengharapkan agar pihak media negeri sentiasa berhubung dengan pihak MADA serta berbincang dengan lebih erat, perihal perkara yang melibatkan isu-isu di MADA pada masa-masa akan datang. Majlis ini juga turut dilaksanakan penyerahan sumbangan Ramadan kepada anak-anak yatim dan kakitangan gred H11 ke bawah.


BERITA LAIN