Laman Web Rasmi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Sabtu, 27 Julai 2024

BERITA TERKINI

LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Anda berada di sini: LAMAN UTAMA  /  MAKLUMAT KORPORAT  /  BERITA TERKINI

Jualan Lebaran Raya MADA Tahun 2024

05, Apr 2024
Bulan Ramadan hampir melabuhkan tirainya dan Syawal semakin terasa oleh seluruh rakyat Malaysia. Kehangatan sambutan Syawal ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerusi Bahagian Industri Makanan dan Usahawan dengan penganjuran Jualan Lebaran Raya yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Ismail Salleh selaku Pengerusi MADA bertempat di C-Mart Arau, Perlis.
Pengerusi MADA diiringi Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) iaitu Encik Zulkifli Romli turut mengambil peluang menyampaikan hadiah kepada pemenang gerai jualan terbaik serta sijil penghargaan kepada seluruh usahawan bimbingan MADA yang terlibat. Pada tahun ini, pihak MADA telah memilih beberapa lokasi strategik bagi Jualan Lebaran Raya MADA antaranya :
  • Alor Setar Mall
  • Star Parade Alor Setar
  • Peladang Mart Jalan Sultanah Alor Setar
  • Peladang Mart Pendang
  • C-Mart Arau
Terdapat pelbagai jenis pilihan biskut raya, kerepek dan kek yang dijual dengan harga yang berpatutan. Jualan Lebaran Raya MADA ini akan berlangsung sehingga 9 April 2024. Ayuh kita beramai-ramai mengunjungi gerai jualan usahawan MADA bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.


BERITA LAIN